PEMULIHAN FIZIKAL: Aspek Penghidratan

Kehilangan satu peratus titisan penghidratan boleh mengakibatkan kejatuhan 4% hingga 5% dalam pencapaian. Dehidrasi boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung dan kehilangan berat badan yang signifikan. Keadaan ini akan menjejaskan pencapaian kerana badan mudah menjadi letih. Tanda-tanda dehidrasi ialah kepenatan, ketegangan otot, sakit kepala dan atau pandangan menjadi kabur.
Menimbang berat badan sebelum mula dan selepas berlatih merupakan cara terbaik mengawal penghidratan ketika latihan. Ketika aktiviti timbang berat badan, atlet/ pemain mestilah berpakaian nipis kerana pakaian boleh menjadi berat apabila menyerap peluh. Ini boleh menyebabkan kesilapan dalam perkiraan berat badan. Berikut adalah cara pengiraan kadar penggunaan cecair selepas latihan:
*Berat sebelum latihan(kg) – Berat selepas latihan(kg) = Jumlah kehilangan selepas latihan(kg)

**Jumlah kehilangan selepas latihan(kg) X 1.5 = liter dalam bentuk cecair yang digunakan selepas latihan.

Pengambilan cecair yang dicadangkan untuk aksi yang baik ialah :
SEBELUM LATIHAN
~Amalkan minum secara berterusan dan bukan hanya ketika berasa haus.
~Minum 500ml air 2 jam sebelum latihan (air biasa digalakkan).

SEMASA LATIHAN
~Minum secara berterusan dengan cara sentiasa berhenti rehat untuk minum (minuman sukan digalakkan/minuman bertenaga)

SELEPAS LATIHAN
~Kuantiti cecair dalam badan ditentukan berdasarkan kehilangan berat badan (berkurangan) ( Minuman sukan adalah digalakkan).

1 responses to “PEMULIHAN FIZIKAL: Aspek Penghidratan

  1. Semua artikel berkaitan Sains Sukan ini telah saya petik daripada Majalah Wisel… setinggi penghargaan daripada saya kepada pihak majalah tersebut… All articles was taken from Wisel Magazine, TQ

Tinggalkan komen