KENANGAN & HARAPAN

Memori dalam kehidupan harian ku mula melekat dalam ingatan ketika umur ku menjangkau 4 tahun. Sebelum tu aku tak berapa ingat apa yg berlaku atau apa peristiwa-peristiwa yg berlaku dalam kehidupan harian ku… Yang pastinya aku paling takut dengan makcik paling bongsu sebelah bapa ku kerana beliau seringkali sakit dan berlaku pendarahan di bahagian lengannya yg sering disuntik di klinik kerajaan (dulu belum ada klinik swasta tempat aku). Setiap kali bapa ku mahu menjual getah kepingannya di Api Api (Kota Kinabalu), aku akan turut dibawa bersama (bab belum jadi budak sekolah). Seronok rasanya…2 atau 3 hari menginap di rumah sewa kakakku… masa tu KK jauh sangat beza kesibukan kenderaan seperti sekarang…pertengahan 70-an belum banyak kenderaan. Jenis kenderaan yg kami naiki setiap kali ke KK ialah jenis pick up… jalanraya masih belum berturap…makan habuk la(Tambunan ke Penampang). Tambangnya aku tak ingat lagi bab budak-budak tak dikenakan tambang. Satu hal lagi yg aku ingat… jual getah kepingan mesti gred 1(nipis abis), masih pakai unit tahil… setahil seingat saya tak sampaipun 50 sen… beza dengan sekarang 1kg=RM5.++

Ketika aku melangkah ke alam persekolahan (bapaku awalkan aku masuk ke Tahun 1 ketika menjangkau umur 6 th), berlaku satu perubahan dalam rutin harian ku… sebelum ini kena ikut kakak ke sekolah bab tiada penjaga… ibu bapa ke sawah/ kebun. Rutin harian budak sikul zaman itu ialah kena hafal sifir 1 hingga 12… mana-mana murid yg gagal menghafal sifir (disoal awal pagi persekolahan dan ketika waktu pulang) akan di rotan di bahagian punggung menggunakan papan penggaris papan hitam (saiznya… lebih kurang 3 inci lebar X setengah inci tebal…panjang 5 kaki..agak-agak lah). Seingat aku lah… masuk bulan ketiga bersekolah aku dah hafal abis sifir…siap pula dihafal sifir 13 hingga 24 (belakang kulit buku rampaian/latihan ada sifir ni dulu). Masa tu budak-budak tak cukup umur yg naik ranking teratas mengalahkan budak cukup umur(7 tahun)…hehehe… maka persaingan berlaku… budak2 belum cukup umur jadi mangsa buli. Namun semua tu jadi pendorong untuk kami berusaha lebih. Prinsip kami masa tu ialah pada waktu pagi tiada sesiapa yg berani membuli kerana cikgu ada… boleh merotan murid masa tu. Waktu pulang tengah hari, cikgu akan soal sifir terlebih dahulu…siapa dapat jawab dengan pantas dan tepat boleh pulang… kumpulan mangsa buli @ belum cukup umur berebut-rebut menjawab dengan tepat. Maka tiadalah peluang kumpulan pemangsa untuk membuli masa tu… kes berlaku masa di tahun 1 sahaja.

Semakin umurku meningkat, aku semakin nakal di sekolah sehinggakan hampir setiap hari kami di rotan/ didenda di sekolah oleh guru (Kumpulan kami dari Th 1 hingga Th 6 yg memang ranking top 5 setiap kali peperiksaan… tapi top 5 juga dari segi nakal dalam kelas terutama semasa tiada cikgu). Pernah sekali tu semasa di Th 6, kami dikurung dalam stor sukan yg gelap (tiada jendela) akibat bermain hujan… sehingga papan hitam dalam kelas basah (kelas lantai simen/ground floor..tapi tiada tingkat atas)… dah dikurung, kami berlima main bola pula dalam gelap…dikurung sehingga waktu pulang.

Masuk sekolah menengah… perubahan berlaku lagi..makin meningkat dewasa, dah sedar apa-apa masalah yg timbul… apa lagi aku ni dari keluarga orang susah. Hairannya aku klik dengan kawan2 dari golongan orang yg berada (masa sekolah menengah)… ada la seorang kawan ku sejak dari th 1 lagi yg bersama aku dalam group ini.

Cerita kisah ku dengan kawan seorang ni… sejak th 1 sehinggalah tamat STPM, kami sering bergaduh seperti adik-beradik. Aku dapat kiriman wang dari kakak ku… kami kongsi sama rata. Bila dia pula dapat wang, juga kami kongsi sama rata. Sehinggakan pakaian juga kami kongsi bersama… bila salah seorang dari kami sakit, yg seorang akan membantu membawakan makanan dari dewan makan (kami tinggal asrama dari Ting.3 hingga tamat STPM)..dan begitulah sebaliknya. Namun itu telah menjadi satu pengalaman yg amat berharga buat kami berdua sehingga akhir hayat.

Perjalanan hidup masing-masing telah memisahkan kami… mencari haluan sendiri. Syukur kepada yang Maha Kuasa kerana akhirnya aku dan kawan2 ku berjaya menjadi orang yg berguna kepada masyarakat. Impian ke menara gading telah turut tercapai… dan kini sedang dalam perancangan menimba ilmu ke peringkat lebih tinggi… mudah-mudahan perancangan terlaksana kerana kita hanya merancang tetapi Dia yang menentukan..

Semoga anak-anakku akan berusaha untuk menjadi orang yg berjaya dan berbakti kepada masyarakat.. Jadikan kesukaran hidup abah kalian sebagai panduan dan dorongan untuk berjaya… HARTA anda sepanjang hayat adalah ILMU yg anda timba sepanjang hidup…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s