DARAH TINGGI

PUNCA-PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI 

Punca tekanan darah tinggi yang paling utama adalah disebabkan faktor genetik. Bagaimanapun, para pengkaji masih tidak mengetahui secara jelas bagaimana terjadinya peningkatan tekanan darah. Penyakit darah tinggi yang disebabkan oleh faktor genetik ini juga disebut sebagai primary atau essential hypertension.

Selain itu, terdapat beberapa penyakit yang dapat mengganggu fungsi organ sehingga menyebabkan kegagalan badan untuk mengawal tekanan darah. Contohnya seperti buah pinggang, jantung, sistem saraf dan lain-lain. Keadaan ini juga disebut sebagai secondary hypertension. Secondary hypertension boleh juga berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan seperti steroid dan ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs). Pengambilan alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi tekanan darah tinggi seperti penyakit jantung dan strok/angin ahmar.

TANDA-TANDA, SIMPTOM DAN GEJALA TEKANAN DARAH TINGGI 

Kebanyakan orang tidak menunjukkan tanda-tanda mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehinggalah tekanan darah mereka menjadi amat tinggi. Seringkali tanda-tanda yang dapat dijumpai adalah pening, sakit kepala atau hidung berdarah. Periksalah tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan yang berdekatan.

KOMPLIKASI TEKANAN DARAH TINGGI 

Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan kepada organ-organ penting terutamanya otak, jantung dan buah pinggang, seterusnya mengakibatkan kerosakan organ-organ tersebut. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan tekanan darah yang mendadak boleh menyebabkan:
– Kekeliruan
– Khayal
– Sawan, malah
– Kematian.
Maka, hendaklah dirawat segera.

Tekanan darah tinggi yang berterusan akan menyebabkan tekanan yang berterusan kepada organ-organ tubuh:
– Jantung: kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
– Pembuluh darah: menjadi keras
– Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
– Mata: pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitive cahaya dalam mata
– Otak: strok / angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat dicegah sekiranya anda mendapatkan rawatan awal. 

Kategori Tekanan Darah Tinggi
Normal => 120/80
Pra Hipertensi => 120/80 – 139/89
Tekanan Darah Tinggi Peringkat Satu => 140/90 – 159/99
Tekanan Darah Tinggi Peringkat Dua => Lebih daripada 160 / 100

One response to “DARAH TINGGI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s